Sebenarnya saya sudah merakamkan satu video sebagai pengganti coretan saya tapi sebab video tersebut tidak dapat dimuat naik ke blog ini, saya rasa cara terbaik saya haruslah menulis sendiri apa yang saya ingin sampaikan. Sebenarnya tarikh tersebut [22102010] adalah tarikh yang palingmanisdalamhidupsaya kerana saya telah berlanggar (lebih tepat lagi dilanggar sebenarnya) dengan seorang jejaka bertuah merupakan seorang pemandu yang sangat berhemah. Apa yang berlaku biarlah tersimpan dalam diari hidup kami (sebenarnya saya malas mahu menceritakan keseluruhan insiden itu) tapi saya agak tidak berpuas hati apabila mendengar gosip-gosip liar yang mengatakan saya Bersalah dalam hal ini. Lantak apa yang mereka hendak kata. Saya enggan mendengar kata-kata tersebut.