Tuesday, October 19, 2010

Ada Apa Dengan Bahasa ?

Assalamulaikum w.b.t. ..
Sebenarnya sengaja saya menulis dalam Bahasa Melayu memandangkan sudah sekian lama saya tidak menggunakan Bahasa Melayu sama ada untuk menulis status di Facebook ataupun di Twitter. Kenapa saya jarang menggunakan bahasa ibunda saya di laman-laman so sial sosial seperti ini ? Jawapannya kerana saya ingin mempraktikkan kemahiran berbahasa saya. Lagipun , rakan-rakan di laman-laman tersebut datang dari pelbagai budaya dan negara. Satu-satunya bahasa penghubung adalah dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Saya rasa tidak salah untuk saya menggunakan bahasa global tersebut. Ada yang mengeji kerana saya seolah-olah lupa daratan (tapi saya tidak pernah meninggalkan daratan) , ada juga yang menghina mengatakan saya ingin mencari publisiti murahan dengan speakang LonDon. Tapi saya tidak peduli kerana saya percaya Menjadi diri sendiri itu lebih bermakna dari menjadi mangsa dunia hipokrit. Saya adalah bakal guru Bahasa Inggeris dalam 5 tahun lagi (InsyaALLAH) & saya harus berani untuk menggunakan bahasa tersebut sebelum saya berani untuk menggalakkan bakal para pelajar saya. Saya bukan sahaja meminati Bahasa Inggeris sahaja tetapi juga Bahasa Arab ... Bahasa Korea ... Bahasa Indonesia ... Bahasa Mandarin ... Bahasa Siam. Saya berminat untuk mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Jadi , tolong hentikan pujian kejian anda! Saya hanya menjadi diri saya sendiri & selagi saya tidak menyusahkan anda, tolong jangan susahkan saya. Hari ini saya telah jatuh sakit (sekali lagi) & menderita keseorangan memandangkan saya tidak mempunyai teman sebilik di sini. Sila doakan saya agar nikmat kesihatan yang baik dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepada saya.

2 comments:

  1. proud to have a friend who is good in English as we can share something. hehe :)
    your language is good anis ! keep it up, ;)

    ReplyDelete
  2. I'm just a learner okay .
    Thanks but I don't think that I'm good .

    ReplyDelete